Perkembangan Penternakan Arnab

Blog ini adalah mengenai perkembangan penternakan arnab yang sedang saya usahakan.

Thursday, July 8, 2010

Sunday, May 30, 2010

Perancangan Projek

Pada 20 May 2010, Saya telah pergi ke Meru utk membeli Induk dan penjantan baka pedaging.

Induk :
1) Baka New Zealand White : 1 ekor
2) Baka Chinchilla : 1 ekor
3) Baka Flemish Giant : 1 ekor

Penjantan
1) Baka Chinchilla : 1 ekor

Thursday, May 27, 2010

Saturday, April 3, 2010

Baka Cross Kampung 1

Baka Kampung

Baka Lion Head

Perkembangan Penternakan Arnab

Saya telah berusaha untuk memperkembangkan penternakan arnab pedaging dan hias di Malaysia ini. Matlamat saya adalah untuk memperluaskan lagi penternakan arnab ini di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Objektif usaha saya ini adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga serta ekonomi negara Malaysia dengan mengeksport pelbagai produk yang berasaskan arnab.

Saya telah berusaha untuk meningkatkan tahap induk dari pelbagai baka yang terdapat di negara ini. Ini adalah saya hendak memperluaskan pasaran yang berasaskan arnab ini daripada hasil daging dan bulunya. Selain itu, saya akan berusaha untuk menghasilkan pelbagai produk yang berasaskan arnab seperti satay, daging salai, sosej, burger dan banyak lagi. Saya begitu berharap usaha saya ini akan berjaya dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Dengan konsep " Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh " ini dapat mengukuhkan lagi persahabatan dan sosio ekonomi negara ini.